Wednesday, 20 November 2013

Cerita (6): Keldai Dengan Serigala

Keldai dengan serigala



Pada suatu pagi,seekor keldai pergi meragut rumput di sebuah padang rumput yang luas.Ia meragut rumput dengan gembira kerana rumput di situ sunguh segar.Lagipun tiada haiwan lain di di situ,jadiia dapat meragut rumput dengan senang hati.

‘’Oh,beruntung sungguh aku hari ini!’’Setelah kenyang, keldai mamandang sekeliling,tiba-tiba ia ternampak seekor serigala yang kelaparansedang menuju ke arahnya….

“Apakah yang harus aku buat sekarang? Kalau aku lari,tentu serigala itu Berjaya mengejar aku,”rungut keldai yang ketakutan itu.Tiba-tiba keldai mendapat idea. Keldai memberanikan diri. Ia berpura-pura berjalan dengan selamba kea rah seringala.

“Apakah yang sedang berlaku?Mengapa kamu tidak lai sebaiksahaja ternampak aku?’’tanya serigala yang kehairanan.Tiada gunanya aku lari kerana kamu tetap akan buru dan menangkap aku.Akhirnya aku akan jadi makanan kamu juga.’’Kata keldai dengan berani.

‘’Betul juga cakap kamu.Kalau kamu terlepas hari ini,esok atau lusa kamu akan jadi mangsa aku juga,’’kata serigala.’’Tapi tiada seronok kalau aku dapat tangkap kamu dengan mudah.Kan lebih seronok kita main kejar-kejar.Kalau aku Berjaya tangkap kamu,aku akan memakan kamu…’’

‘Baiklah,aku setuju dengan cadangan kamu,’’Kata keldai,’’tapi sebelum kita main kejar-kejar,aku mahu meminta pertolongan kamu.Boleh kah kamu tolong buangkan serpihan duri di dalam kuku kaki belakan aku.’’

‘Ya,sudah tentu aku akan tolong kamu!’’Kata serigala.Keldai pun menghuluhkan kaki belakangnya ke arah serigala.Ketika serigala cuba memegang kakinya dan menunduk untuk mencabut duri tersebut,keldai pun menendang muka serigala dendang kuat.



‘Aaaaaahhhhhhh!’’Jerit serigala dengan kuatnya.Disebabkan tendangan keldai itu amat kuat,serigala mengalami kecederaan yang teruk.Hidungnya berdarah dan beberapa batang giginya.Akhirnya ia diri dengan kesakitan yang amat sangat.’’Lain kali ku akan tangkap kamu dan makan kamu!’’jerit serigala dengan marah.



*****************************************************************

Tuesday, 19 November 2013

Latihan Kata Hubung (10 soalan)

Latihan Lengkapkan Ayat dengan Kata Hubung yang Sesuai.


          Atau        dan         sambil       kerana



1.     Abu __________ Alim menunggang basikal di Taman rekreasi.


2.     Kamu suka makan roti __________ biskut?


3.     Adik menangis __________ perutnya sakit.


4.    Saya menyapu lantai __________ mendengar muzik.

5.    Kok Han __________ Kok Hin tinggal di Taman Cempedak.

6.     Kamu akan bercuti ke Pulau Pangkor  __________ Pulau Langkawi?

7.    Kakak mengemas rak buku  __________ mendengar lagu.

8.    Swee Han tidak dapat ke sekolah  __________ dia sakit.

9.    Nurul suka bermain congkak  __________ catur.

10. Ayah balik lambat  __________  terdapat banyak kerja di pejabat.



*********************  Soalan tamat  ***********************

Ingatan:

Murid-murid, setelah menyiapkan soalan-soalan ini, sila rujuk kepada cikgu Beh untuk semakan serta mendapat “bintang” anda.

Sekian terima kasih.




*****************************************************************

Latihan Kata Ganti Nama Diri (10 soalan)

Latihan Garis Kata Ganti Nama Diri Yang Betul.



1.     (  Saya   ,   Kamu  ) membantu ibu menyapu lantai.


2.     (  Kita   ,   Kami  ) main layang-layang.


3.     (  Kami   ,   Kita  ) harus mandi sebanyak tiga kali sehari.


4.    “ Cuci rambut (  kami   ,   kamu  ) dengan syampu,” Kata ibu kepada adik.

5.    (  Kita   ,   Kami  ) mesti menghormat kepada ibu bapa.

6.    “Ini buka buku (  saya   ,   kami  ),” Jawap Ali kepada Cikgu Ng.

7.   (  Saya   ,   Kita  ) suka makan masakan ibu saya.

8.   “ (  Kami   ,   Kita  ) sudah makan, cikgu.” Jawap semua murid Tahun satu.




*********************  Soalan tamat  ***********************

Ingatan:
Murid-murid, setelah menyiapkan soalan-soalan ini, sila rujuk kepada cikgu Beh untuk semakan serta mendapat “bintang” anda.

Sekian terima kasih.




*****************************************************************

Sunday, 17 November 2013

Cerita (5): Anjing Dengan Bayang-bayangnya

Anjing Dengan Bayang-Bayangnya.


Ketika perniaga daging itu sibuk melayan pelangagnnya,anjing liar itu segera melompat menghampiri bangku penjual daging lalu menyambar sepotong daging.kemudian,ia segera melarikan diri.

‘Eh,anjing yang jahat!Berani kaumencuri daging aku!’’Jerit perniaga daning dengan marah sambil mengejar anjing liar dengan pisau pemotong dagingnya.Namun anjing liar itu berlari terlalu pantas dan penjual daging tdak dapat mengejarnya.
Anjing liar itu berlari sekuat hatinya sehinggalah ia tiba di sebatang sungai.Setelah pasti keselamatannya terjamin,ia berhenti dengan termengah-mengah.



‘Anjing melalui sebuah titi untuk menyeberangi sungai,Ketika ia menjenguk ke dalam sungai,ia berasa sunguhterkejut apabila melihat seekor anjing lain sedang menggoggong sepotong daging yang lebih besar.Ia tidak tahu bahawa itu adalah bayang-bayangnya sendiri.‘Aku mesti mendapatkan dagingnya itu,’ fikir anjing liar itu.

Tanpa berfikir panjang,ia pun menyalak kepada anjing yang dilihatnya di dalam sungai itu.Namun malang baginya,sebaik sahaja ia membuka mulutnya,daging yang sedang digonggong itu terjatuh ke dalam sungai.

‘Ahhh…bodohnya aku!Aku sepatutnya bersyukur dengan makanan yang aku ada.Bersikap tamak hanyalah merugi kan diri sendiri…’’rungut si anjing liar itu.Ahitnya anjing liar terpaksa pulang dalam kelaparan.




*****************************************************************

Saturday, 16 November 2013

Latihan Susun Semula Perkataan (Latihan 1, 2, 3)

Latihan Susun Semula Perkataan supaya menjadi ayat yang betul.


Latihan 1:

1.     sangat       kakak       Rambut       panjang

        _______________________________________            


2.     minum       Adik       susu       suka

        _______________________________________


3.     buah       sedap       Nanas       yang    

        _______________________________________


4.    ikan       itu       Kucing       makan

        _______________________________________

5.    itu       Burung       tinggi       terbang

        _______________________________________



*****************************************************************

Latihan 2:

1.     menaman       Datuk       taman       bunga        di

        ____________________________________________            


2.     dari       pejabat       Ayah       balik        baru

        ____________________________________________


3.     seorang       Abang       rajin       murid       yang

        ____________________________________________


4.    bermain        Chong Sin       badminton       dan       Jie Sin

        ____________________________________________

5.    suka       Saya       buku       membaca       cerita

        ____________________________________________



*****************************************************************

Latihan 3:

1.     goreng       suka       pisang       makan       Saya

        ____________________________________________            


2.     sangat      Arnab       comel       itu      
        ____________________________________________


3.     terletak       Rumah       Semanggol       di       saya 

        ____________________________________________


4.    seorang       Ibu        peramah         saya.

        ____________________________________________

5.    melawat       Zoo Negara       Saya       ke

        ____________________________________________



*********************  Soalan tamat  ***********************

Ingatan:

Murid-murid, setelah menyiapkan soalan-soalan ini, sila rujuk kepada cikgu Beh untuk semakan serta mendapat “bintang” anda.

Sekian terima kasih. 




*****************************************************************

Cerita (4): Burung Bangau Dan Seekor Ketam

Burung Bangau Dan Seekor Ketam

Pada zaman dahulu terdapat sebuah tasik yang sangat indah. Airnya sungguh jernih dan di dalamnya ditumbuhi oleh pokok-pokok teratai yang berbunga sepanjang masa. Suasana di sekitar tasik tersebut sungguh indah. Pokok-pokok yang tumbuh di sekitarnya hidup dengan subur. Banyak burung yang tinggal di kawasan sekitar tasik tersebut. Salah seekornya adalah burung bangau. Manakala di dalam tasik hidup bermacam-macam ikan dan haiwan lain. Ada ikan telapia sepat, kelah, keli, haruan dan bermacam-macam ikan lagi. Selain daripada ikan,terdapat juga ketam dan katak yang turut menghuni tasik tersebut. 

Burung bangau sangat suka tinggal di kawasan tasik tersebut kerana ia senang mencari makan. Ikan-ikan kecil di tasik tersebut sangat jinak dan mudah ditangkap. Setiap hari burung bangau sentiasa menunggu di tepi tasik untuk menangkap ikan yang datang berhampiran dengannya. 

Beberapa tahun kemudian burung bangau semakin tua. Ia tidak lagi sekuat dulu untuk menangkap ikan. Kadang- kadang ia tidak memperolehi ikan untuk dimakan menyebabkan ia berlapar seharian. Ia berfikir di dalam hatinya seraya berkata "Kalau beginilah keadaannya, aku akan mati kelaparan kerana tidak lagi berdaya untuk menangkap ikan. Aku mesti mencari jalan supaya aku dapat memperolehi makanan dengan mudah". 

Burung bangau mendapat idea dan berpura-pura duduk termenung dengan perasaan sedih di tebing tasik. Seekor katak yang kebetulan berada di situ ternampak bangau yang sangat murung dan sedih lalu bertanya "Kenapakah aku lihat akhir-akhir ini kamu asyik termenung dan bersedih sahaja wahai bangau?". Bangau menjawab " Aku sedang memikirkan keadaan nasib kita dan semua penghuni tasik ini." "Apa yang merunsingkan kamu, sedangkan kita hidup di sini sudah sekian lama tidak menghadapi sebarang masalah." Jawab katak. "Awak manalah tahu, aku sering terbang ke sana ke mari dan mendengar manusia sedang berbincang tentang bencana kemarau yang akan menimpa kawasan ini dalam beberapa bulan lagi. Kau lihat sajalah sejak akhir-akhir ini hari panas semacam aje, hujan pun sudah lama tidak turun". Bangau menyambung lagi "Aku khuatir tasik ini akan kering dan semua penghuni di tasik ini akan mati." Katak mengangguk- anggukkan kepalanya sebagai tanda bersetuju dengan hujah bangau tadi.

Tanpa membuang masa katak terus melompat ke dalam tasik untuk memaklumkan kepada kawan-kawan yang lain. 

Berita bencana kemarau telah tersebar ke seluruh tasik begitu cepat dan semua penghuni tasik berkumpul ditebing sungai dimana bangau berada. Masing-masing riuh rendah menanyakan bangau akan berita tersebut. Seekor ikan haruan bertanya kepada bangau "Apakah cadangan engkau untuk membantu kami semua?" Burung bangau berkata "Aku ada satu cadangan, tetapi aku khuatir kamu semua tidak bersetuju." "Apakah cadangan tersebut" kata haruan seolah-olah tidak sabar lagi mendengarnya. Bangau berkata "
Tidak jauh dari sini ada sebuah tasik yang besar dan airnya dalam, aku percaya tasik tersebut tidak akan kering walaupun berlaku kemarau yang panjang." "Bolehkah engkau membawa kami ke sana" sampuk ketam yang berada di situ. "Aku boleh membawa kamu seekor demi seekor kerana aku sudah tua dan tidak berdaya membawa kamu lebih daripada itu" kata burung bangau lagi.. Mereka pun bersetuju dengan cadangan burung bangau. 

Burung bangau mula mengangkut seekor demi seekor ikan daripada tasik tersebut, tetapi ikan- ikan tersebut tidak dipindahkan ke tasik yang dikatakannya.Malahan ia membawa ikan-ikan tersebut ke batu besar yang berhampiran dengan tasik dan dimakannya dengan lahap sekali kerana ia sudah tidak makan selama beberapa hari. Setelah ikan yang dibawanya dimakan habis, ia terbang lagi untuk mengangkut ikan yang lain. Begitulah perbuatannya sehingga sampai kepada giliran ketam.

Oleh kerana ketam mempunyai sepit ia hanya bergantung pada leher burung bangau dengan menggunakan sepitnya. Apabila hampir sampai ke kawasan batu besar tersebut,ketam memandang ke bawah dan melihat tulang-tulang ikan bersepah di atas batu besar. Melihat keadaan tersebut ketam berasa cemas dan berfikir di dalam hatinya "Matilah aku kali ini dimakan oleh bangau." Lalu ia memikirkan sesuatu untuk menyelamatkan dirinya daripada ratahan bangau yang rakus. Setelah tiba di atas batu besar ketam masih lagi berpegang pada leher bangau sambil berkata "Dimanakah tasik yang engkau katakan itu dan kenapa engakau membawa aku di sini?" Bangau pun tergelak dengan terbahak-bahak lalu berkata "Kali ini telah tiba masanya engkau menjadi rezeki aku." Dengan perasaan marah ketam menyepit leher bangau dengan lebih kuat lagi menyebabkan bangau sukar untuk bernafas, sambil merayu minta di lepaskan, ia berjanji akan menghantar ketam kembali ke tasik tersebut.

Ketam tidak mempedulikan rayuan bangau malah ia menyepit lebih kuat lagi sehingga leher bangau terputus dua dan bangau mati di situ jua. 


Dengan perasaan gembira kerana terselamat daripada menjadi makanan bangau ia bergerak perlahan-lahan menuju ke tasik sambil membawa kepala bangau. Apabila tiba di tasik, kawan-kawannya masih lagi setia menunggu giliran masing-masing. Setelah melihat ketam sudah kembali dengan membawa kepala bangau mereka kehairanan dan ketam menceritakan kisah yang berlaku. Semua binatang di tasik tersebut berasa gembira kerana mereka terselamat daripada menjadi makanan burung bangau yang tamak dan mementingkan diri sendiri. Mereka mengucapkan terima kasih kepada ketam kerana telah menyelamatkan mereka semua.



*****************************************************************

Latihan Imbuhan Awal (10 soalan)

Latihan Garis Perkataan Berimbuhan Awalan yang betul.



1.     Nizam (  berkawan   ,   berteman  ) dengan Saiful.

2.   Ayah (  mencuci   ,   melukis  ) kereta di luar rumah.

2.     Jing Yi dan Chi Yan suka (  mendengar   ,   membaca  ) buku cerita.

3.     Jiran saya (  bermain  ,   berhibur  ) laying laying.

4.    Ibu (  memasak   ,  memanggang  ) air di dapur.

5.    Chin Chuan (  bermandi  ,   berlari  ) di dalam kolam.

6.    Mereka (  menyanyi   ,   melukis  ) di bilik seni.

7.    Guru Besar (  memberi   ,  menanya  ) ucapan di perhimpunan.

8.    Adik suka (  menonton   ,   mendengar  ) televisyen di ruang tamu.

9.    Emir (  berlari   ,   berlompat  ) mengeliling padang.

10.  Nadia (  bersenyum   ,   bermarah   ) ketika berjumpa Cikgu Chong.



*********************  Soalan tamat  ***********************

Ingatan:

Murid-murid, setelah menyiapkan soalan-soalan ini, sila rujuk kepada cikgu Beh untuk semakan serta mendapat “bintang” anda.

Sekian terima kasih.




*****************************************************************