Tuesday, 5 November 2013

Mari Mencabar Teka-teki Marathon ini :p

TEKA-TEKI MARATHON

Teka-teki Marathon, Berapakah dapat anda jawap?

01.  Siput babi dan gonggok bertanding untuk naik ke puncak bukit siapakah yang menang dan siapakah yang kalah serta apakah sebabnya.

02.  Burung apa yang tak pandai duduk diam ada sahaja yang dibuatnya?

03.  Banyak- banyak burung, burung apa yang tak pandai pusingkan lehernya.

04.   Mengapa kucing dan anjing bergaduh.

05.  Sebanyak-banyak binatang, binatang apakah yang sangat manja dan suka bersiar-siar bersama ibunya.

06.  Binatang ini kaya kerna mempunyai kereta?

07.  Mempunyai 6 kaki, tetapi yang berjalan pula hanya 4 kaki?

08.  Pokoknya nun di atas bukit ular suka bersembunyi dibawahnya, daunnya itu pula ada atau diimport diseluruh dunia tapi daunya itu cuma boleh digunakan apabila masuk dalam air. Apakah ia?

09.  Tubuh hanya satu tapi punya 2 nyawa?

10.  Masa dia hidup orang seronok gembira menyanyi, dan masa dia mati kita tetap seronok dan bertepuk tangan.

11.  Ada macam-macam jenis daun, daun apa yang gatal.

12.  Alkisah, dimana raja dan petani terjatuh ke gaung, siapakah yang mati?

13.  Banyak-banyak kuda, kuda apa yang popular paling kurus dan nipis?

14.  Bunga apa yang cantik berseri dan berkembang mekar di malam raya?

15.  Tanpanya kita tak mampu berjalan melalui dinding keras konkrit?

16.  Dia ni bila turun sangat lah lambat, tapi bila naik sangat cepat pula. Siapakah dia?

17.  Mempunyai 10 kaki dan boleh terbang hingga ke barat, selatan, utara?

18.  Burung apakah yang hanya boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk?

19.  Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang akan makan tepinya sahaja tetapi tengahnya tidak dimakan?

20.  da satu benda, kita berdiri dia baring, tapi bila kita baring dia berdiri dan bila kita jalan dia pun ikut sama. Tapi tanpanya kita tak ke mana.

21.  Mana lagi tua, motorsikal , kereta, bas atau kapal terbang?

22.  Banyak bas yang ada di dunia ini, tapi bas apa yang pandai?

23.  Kering sangat di jilat-jilat untuk buat ia basah, bila basah baru kena cucuk. Apakah ia?

24.  Di dalam hutan ada 8 ekor burung, 4 ekor ditembak oleh pemburu, berapa yang dah lari?

25.  Saya suka berada di atas air, tetapi saya tak pandai berenang mahupun bergerak. Siapakah saya?

26.  Saya sejenis alat menyelam, tetapi sangat popular dari anda semua kerana saya ada dekat internet. Siapakah saya?

27.  Banyak binatang dalam dunia ini tapi binatang apa paling pemalas tak terurus ?

28.  Kereta banyak jenis, malah lambang kemewahan orang tapi apa yang susah untuk dicari?

29.  Dia mempunyai bulu lebat, isi , dan juga batang, apakah ia?

30.  Buku diterbalikkan jadi buku..teh di terbalikkan jadi....?

31.  Kereta ini besar dan selesa, tetapi kalau kalau kereta ini diberi percuma tiada siapa mahu atau naik. Kereta apakah ia?

32.  buah apa lain dari yang lain mempunyai sikap manusia yang suka berangan sahaja ?

33.  Si pembuat tidak memerlukanya tetapi orang lain memerlukannya, dan yang dibelikan pula tak tahu rupanya tapi tanpanya orang takkan kenal empunya.

34.  Si gemuk banyak angin main tembak-tembak kena lantai terus kena hidung?

35.  Tahi apa yang tak kotor dan mudah dibawa dimana-mana sahaja ?

************************************************************

JAWAPAN:

01.    Siput babi menang tak payah pakai kasut. Gonngok kalah sebab pakai kasut kaki pula banyak.
02.     Burung Belatuk
03.    Burung Hantu
04.    Kucing duduk dalam rumah.. Anjing pula Man bestfriends
05.    Anak Kanggaro
06.    Lembu
07.    Kuda dengan Penunggang Kuda.
08.    Teh
09.    Ibu Mengandung
10.    Lilin
11.    Daun Keladi
12.    Tiada yang mati meninggal sahaja.
13.    Kuda Kepang
14.    Bunga Api
15.    Pintu
16.    Hingus
17.    5 Ekor Burung.
18.    Penguin
19.    Kuih Donat
20.    kaki
21.    Motorsikal
22.    Bas Sekolah
23.    Benang
24.    Burung terbang bukan berlari..
25.    Jambatan
26
.    Google
27
.    Singa
28
.    Kereta kena curi
29
.    Jagung
30
.    Jadi Tumpah
31
.    Kereta Mayat.
32
.    Buah Berangan
33
.    Batu Nisan
34.
    Kentut
35
.    Tahi Lalat



**************************************************************

No comments:

Post a Comment